PERANAN MASNITA
Menjadi satu badan yang mewakili staf wanita dan isteri staf yang bertugas dengan UNIMAS
Menyebarkan penerangan dan maklumat mengenai kegiatan dan hal yang ada kaitan dengan kepentingan ahli
Bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa UNIMAS dalam hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan ahli
Memberi sumbangan untuk perkembangan dan kemajuan UNIMAS pada keseluruhannya
Menjadi badan perunding untuk kepentingan ahli
Menganjur dan menggalakkan minat untuk pembangunan rohani, jasmani, ekonomi dan sosial ahli
Memelihara konsep, dasar dan matlamat UNIMAS
Bekerjasama daengan pertubuhan lain yang sesuai dengan matlamat persatuan
PERLEMBAGAAN MASNITA
FASAL 1 : NAMA
- Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN WANITA UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (MASNITA) Selepas ini disebut "Pertubuhan".
- Takrif Nama : PERTUBUHAN WANITA UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (MASNITA)
- Taraf Pertubuhan : Negeri
FASAL 2 : TEMPAT URUSAN
- Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah BAHAGIAN CANSELORI, UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK, KOTA
94300 SAMARAHAN, SARAWAK dan alamat untuk surat-menyurat adalah BAHAGIAN CANSELORI, UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK, KOTA 94300 SAMARAHAN, SARAWAK atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa; - Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
FASAL 3 : TUJUAN/MATLAMAT
- Mewujudkan kerjasama, kesejahteraan, keserasian di kalangan ahli, melalui aktiviti-aktiviti yang melibatkan Pertubuhan.
- Menjalinkan hubungan kerjasama dengan individu dan pemegang taroh yang berkepentingan untuk mencapai matlamat Pertubuhan.
- Mewujudkan kesedaran di kalangan ahli berhubung kepentingan peranan dan tanggungjawab untuk memartabatkan kaum wanita ke arah meningkatkan imej, kecemerlangan Pertubuhan dan reputasi organisasi.
- Merancang, menganjur dan melaksanakan aktiviti yang berkaitan sosial, kemasyarakatan, sukan rekreasi dan kebajikan.
FUNGSI UTAMA
- Menjadi sebuah badan yang mewakili staf wanita dan isteri kepada staf UNIMAS.
- Menjadi badan perundingan untuk kepentingan ahli.
- Menghebahkan dan berkongsi maklumat berhubung aktiviti yang melibatkan ahli untuk kepentingan bersama.
- Menganjur dan menggalakkan minat ahli dalam pembangunan rohani, jasmani, ekonomi dan sosial.
- Mewujudkan kerjasama dengan pihak pengurusan tertinggi UNIMAS dalam hal-hal yang melibatkan kepentingan ahli.
- Menjaga kepentingan serta memelihara konsep dasar dan matlamat MASNITA supaya sejajar dengan misi dan visi UNIMAS.
- Memberi sumbangan untuk perkembangan dan kemajuan UNIMAS dan komuniti setempat.
- Membantu UNIMAS dalam menyokong keseimbangan kerja-hidupan staf melalui penglibatan MASNITA dalam operasi perkhidmatan asuhan/jagaan kanak-kanak dan jagaan warga tua.
FASAL 4 : KEAHLIAN
Keahlian Pertubuhan ini adalah terbuka kepada semua staf wanita dan isteri staf
UNIMAS
1. Kategori Ahli
1.1 Ahli Biasa
Staf wanita atau isteri staf layak menjadi Ahli Biasa Pertubuhan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:
a) Warganegara Malaysia;

b) Membayar yuran pemprosesan dan yuran keahlian;
c) Berkhidmat atau suaminya berkhidmat dengan UNIMAS.
1.2 Ahli Bersekutu
Staf wanita atau isteri staf layak menjadi Ahli Bersekutu sekiranya
memenuhi syarat-syarat berikut:
a) Bukan Warganegara Malaysia;
b) Perkhidmatannya atau perkhidmatan suaminya dipinjam ke UNIMAS;
C) Membayar yuran keahlian dan yuran pemprosesan.
1.3 Ahli Kehormat
Ahli Kehormat ialah mereka yang dipertimbangkan dan diputuskan layak oleh
Jawatankuasa kerja untuk menjadi ahli tanpa bayaran. Kriteria Ahli Kehormat
adalah:
a) Perlantikan Ahli Kehormat adalah berdasarkan jasa dan sumbangan seseorang
itu kepada Pertubuhan;
b) Ahli Kehormat yang dilantik mestilah dicadang oleh dua(2) orang Ahli
Jawatankuasa;
c) Lantikan adalah untuk tempoh selama dua(2) tahun;
d) Ahli Kehormat yang dilantik bertanggungjawab dalam menggerakkan
pembangunan Pertubuhan dan mempunyai hak serta kepentingan seperti ahli biasa
kecuali tiada kuasa mengundi di dalam Mesyuarat Agung.
1.4 Ahli Seumur Hidup
a) Adalah ahli yang membayar yuran sekali sahaja mengikut jumlah yang
ditetapkan;
b) Terbuka kepada semua ahli kecuali ahli kehormat dan ahli bersekutu; dan
c) Permohonan hendaklah dikemukakan semasa tempoh perkhidmatan ahli atau
pasangan berstatus aktif dan masih berkhidmat di UNIMAS.
2. Permohonan Keahlian Pertubuhan
Permohonan untuk menjadi ahli hendaklah dibuat secara atas talian berkuatkuasa
mulai 1 Oktober 2020.
3. Hak Ahli
3.1 Ahli Biasa
a) Boleh memberi cadangan
b) Menyokong dan mengundi
c) Boleh dicalonkan sebagai ahli Jawatankuasa Kerja
3.2 Ahli Kehormat
a) Boleh memberi cadangan
b) Tidak boleh menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja
c) Tidak boleh mengundi
3.3 Ahli Bersekutu
a) Boleh memberi cadangan
b) Menyokong dan mengundi
c) Boleh dilantik untuk menjadi Ahli Jawatankuasa Kecil di bawah
Jawatankuasa Kerja tertakluk kepada keperluan
4. Tanggungjawab Ahli
4.1 Menjelaskan bayaran yuran keahlian dan yuran proses
4.2 Memaklumkan kepada Setiausaha Kehormat alamat semasa atau terkini apabila berpindah atau bertukar tempat kerja atau berhenti/diberhentikan dari perkhidmatan
4.3 Menghormati dan mematuhi kepada undang-undang Pertubuhan dan juga
keputusan Mesyuarat Agung.
5. Hanya Yang Dipertua atau ahli Jawatankuasa Kerja dengan persetujuan Yang Dipertua dibenarkan membuat kenyataan rasmi mengenai Pertubuhan.

FASAL 5 : PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
Berhenti Menjadi Ahli
1. Ahli yang berhasrat untuk keluar dari pertubuhan dan menamatkan keahliannya hendaklah memberi satu (1) bulan notis secara rasmi kepada Setiausaha Kehormat. Sebarang hutang tertunggak hendaklah dijelaskan (jika ada).
2. Keahlian ahli biasa akan terhenti dan gugur dengan sendirinya jika:
(i) Berhenti membayar yuran selama enam (6) bulan berturut-turut; atau
(ii) Pasangan tidak lagi berkhidmat di UNIMAS; atau Ahli tidak lagi berkhidmat di
UNIMAS Peruntukan perkara FASAL 5 pada perkara i hingga ii tidak terpakai ke atas ahli seumur hidup
3. Keahlian tidak akan terhenti (tertakluk kepada bayaran yuran) sekiranya ahli yang akan bercuti seperti yang ditakrifkan di dalam Fasal 13 (10), dengan syarat memberikan notis pemberitahuan kepada Setiausaha Kehormat. Walau bagaimanapun, kelulusan adalah atas budi bicara mutlak Jawatankuasa Kerja. Kegagalan untuk memberikan notis tidak akan memprejudiskan hak Jawatankuasa untuk memberhentikan keahliannya, samada digantung sementara, atau dihentikan secara kekal/digugurkan secara kekal.
4. Keahlian akan terhenti dan gugur dengan sendirinya jika ahli telah disabitkan dengan mana-mana kesalahan tatatertib sebagai staf badan berkanun di bawah Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) Tahun 2000 [Akta 605] atautelah melanggar peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia atau di bawah Seksyen 9A Akta Pertubuhan, 1966.

FASAL 6 : SUMBER KEWANGAN
1. Yuran Proses
Setiap ahli wajib membayar yuran proses berjumlah RM5.00 (Ringgit Malaysia Lima Sahaja).
2. Yuran Ahli
Yuran Keahlian adalah RM36.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Enam Sahaja) setahun. Potongan gaji sebanyak RM3.00 (Ringgit Malaysia Tiga Sahaja) sebulan ke atas ahli atau pasangan akan dilakukan pada setiap bulan tertakluk kepada peraturan kewangan semasa.
3. Yuran Keahlian Seumur Hidup
Staf Kategori A dan B : RM300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja); dan
Staf Kategori C dan D : RM200.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja)

FASAL 7 : MESYUARAT AGUNG
Mesyuarat Agung Tahunan
1. Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan hendaklah diadakan dalam tempoh sembilan puluh (90) hari selepas penutupan fiskal kewangan pada setiap tahun. Tarikh, masa dan tempat Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja
2. Pemakluman awal melalui notis bersama kertas pencalonan Ahli Jawatankuasa Kerja dan usul (Jika Perlu) hendaklah diedarkan oleh Setiausaha Kehormat kepada semua ahli dalam tempoh satu (1) bulan sebelum tarikh mesyuarat diadakan. Notis hendaklah menyatakan butiran seperti agenda, tarikh, masa dan tempat mesyuarat.
3. Perlantikan Ahli Jawatankuasa Kerja akan dilakukan setiap dua (2) tahun sekali dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Pencalonannya hendaklah dipersetujui oleh calon itu sendiri dengan seorang pencadang dan seorang penyokong.
4. Setiausaha Kehormat hendaklah menghantar dokumen mesyuarat kepada ahliahlinya dan sebarang pindaan ke atas agenda mesyuarat (jika ada) dalam tempoh satu (1) minggu sebelum tarikh mesyuarat diadakan.
5. Kuorum penuh mesyuarat ialah dengan kehadiran semua ahli dan minimum kuorum adalah mencukupi sekiranya kehadiran ahli memenuhi sekurang-kurangnya satu pertiga (1/3) daripada jumlah ahli biasa atau dua (2) kali ganda jumlah Ahli Jawatankuasa Kerja, ikut mana yang kurang.
6. Sekiranya kuorum tidak mencukupi selepas satu (1) jam daripada masa yang telah ditetapkan untuk mesyuarat itu, maka Mesyuarat Agung itu hendaklah ditangguhkan ke satu tarikh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kerja. Tarikh ini hendaklah tidak lewat daripada empat belas (14) hari dari tarikh mesyuarat yang asal.
7. Jika kuorum tidak mencukupi selepas satu (1) jam dari tarikh mesyuarat yang telah ditangguhkan itu, ahli-ahli berhak untuk meneruskan mesyuarat tetapi tidak mempunyai kuasa meminda undang-undang Pertubuhan.
8. Agenda tetap Mesyuarat Agung adalah seperti berikut:
8.1 Laporan Setiausaha Kehormat berhubung aktiviti Pertubuhan;
8.2 Laporan Bendahari Kehormat berhubung Penyata Kewangan yang telah diaudit
8.3 Membubarkan Ahli Jawatankuasa Kerja sedia ada bagi membolehkan Ahli Jawatankuasa Kerja Baharu dilantik melalui pengundian.
Mesyuarat Agung Khas
1. Dalam satu-satu keadaaan tertentu Mesyuarat Agung Khas boleh diadakan sekiranya:
1.1 Jawatankuasa Kerja memutuskan terdapat keperluan yang mendesak; atau
1.2 Atas permintaan bertulis tidak kurang daripada satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli yang layak mengundi.
2. Mesyuarat Agung Khas atas pemintaan oleh mana-mana ahlinya, hendaklah diadakan pada satu tarikh dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas permintaan itu diterima. Agenda yang akan dibentangkan tidak boleh melebihi tiga usul.
3. Notis dan agenda untuk sesuatu Mesyuarat Agung Khas hendaklah dikemukakan oleh Setiausaha Kehormat kepada semua ahli tidak lewat daripada tujuh (7) hari bekerja sebelum tarikh mesyuarat yang telah ditetapkan.
4. Tertakluk kepada peruntukan pada Fasal (5), (6) dan (7), Mesyuarat hendaklah dibatalkan sekiranya kuorum tidak mencukupi dalam tempoh satu jam dari masa yang telah ditetapkan. Mesyuarat selanjutnya untuk membincangkan usul yang sama hanya boleh diadakan selepas tempoh enam (6) bulan dari tarikh pembatalan mesyuarat.

FASAL 8 : JAWATANKUASA
1. Jawatankuasa Kerja adalah kuasa tertinggi selepas Mesyuarat Agung. Keputusan yang diambil oleh Jawatankuasa Kerja adalah muktamad kecuali dibatalkan mengikut majoriti atau lima puluh peratus (50%) keputusan ahli Mesyuarat Agung.
2. Ahli Jawatankuasa Kerja hendaklah terdiri daripada:
a) Seorang Yang Dipertua
b) Tiga (3) orang Timbalan Yang Dipertua
c) Seorang Naib Yang Dipertua d) Seorang Setiausaha Kehormat e) Seorang Penolong Setiausaha
f) Seorang Bendahari Kehormat
g) Seorang Penolong Bendahari Kehormat
h) Dua puluh (20) orang Ahli Jawatankuasa Kerja (Tertakluk kepada keperluan lantikan JK Kerja)
3. Tertakluk kepada Fasal 5, ahli-ahli Jawatankuasa Kerja hendaklah berkhidmat selama dua (2) tahun. Setiap Ahli Jawatankuasa Kerja adalah juga tertakluk kepada semua perkara (3) dan (4) yang dinyatakan dalam Fasal 5, Perlembagaan. Ahli Jawatankuasa Kerja yang dilantik menurut Fasal 7 (3) hendaklah berkhidmat selama baki tempoh perkhidmatan ahli yang digantikan olehnya
4. Jawatankuasa Kerja hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya satu (1) kali dalam tempoh tiga (3) bulan dan kuorum hendaklah lima puluh peratus (50%) dari jumlah ahli Jawatankuasa Kerja.
5. Semua ahli Jawatankuasa Kerja hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung Tahunan melalui undian terbuka di kalangan ahli biasa, kecuali isteri Naib Canselor yang secara automatik akan menyandang jawatan Yang Dipertua. Seandainya jawatan ini tidak disandang oleh isteri Naib Canselor, maka secara automatik ianya akan digantikan oleh salah seorang Timbalan Yang Dipertua
6. Isteri Timbalan Naib Canselor atau Timbalan Naib Canselor wanita secara automatik menjadi Timbalan Yang Dipertua
7. Satu panggilan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja hendaklah dibuat melalui notis dan disampaikan kepada semua ahli dalam tempoh tidak kurang daripada tiga (3) hari oleh Setiausaha Kehormat/Penolong Setiausaha dengan persetujuan Yang Dipertua
8. Jawatankuasa Kerja, setelah bermesyuarat dan mencapai persetujuan bersama, boleh melantik mana-mana orang yang difikirkan sesuai dan layak untuk menjadi Penasihat/Penaung Pertubuhan (jika perlu) yang boleh memberi khidmat nasihat dan pandangan ke arah memartabatkan kaum wanita dalam meningkatkan imej kecemerlangan dan reputasi pertubuhan.
9. Tugas Jawatankuasa Kerja adalah seperti berikut:
a) Mengendalikan perancangan dan aktiviti Pertubuhan
b) Mewujudkan dan melantik Ketua Biro dari kalangan ahli Jawatankuasa Kerja
c) Mengurus kewangan dan akaun pertubuhan
d) Menubuhkan Jawatankuasa Kecil di bawah Biro sedia ada, jika difikirkan perlu
10. Sekiranya terdapat Ahli Jawatankuasa Kerja yang meninggal dunia atau meletak jawatan atau diberhentikan atau dalam apa-apa keadaan yang menyebabkan dirinya hilang status keahlian , maka calon kedua yang mendapat undian terbanyak di dalam pemilihan terdahulu, hendaklah dipanggil untuk mengisi kekosongan tersebut. Sekiranya calon gantian tersebut tidak ada atau menolak jawatan, maka Yang Dipertua berhak untuk melantik di kalangan ahli yang lain bagi mengisi kekosongan sehingga ahli Jawatankuasa Kerja sedia ada dibubarkan.
11. Jawatankuasa hendaklah menyerahkan semua dokumen Pertubuhan seperti sijil pendaftaran, perlembagaan berdaftar, salinan penyata tahunan, surat maklumbalas, buku-buku akaun, buku bank, cek dan resit, senarai aset dan sebagainya kepada jawatankuasa baharu selepas tamat tempoh memegang jawatan.
12. Ketidakhadiran Ahli Jawatankuasa kerja ke Mesyuarat sebanyak tiga (3) kali tanpa memberi alasan yang munasabah boleh menyebabkan perlantikan sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja dihentikan, terbatal atau ditamatkan. Walau bagaimanapun, peruntukan ini tidak terpakai ke atas Timbalan Yang Dipertua.
13. Sekiranya lantikan Ahli Jawatankuasa Kerja dihentikan, terbatal atau ditamatkan, Yang Dipertua berhak untuk melantik di kalangan ahli yang lain bagi mengisi kekosongan sehingga ahli Jawatankuasa Kerja sedia ada dibubarkan.

FASAL 9 : KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI
1. Yang Dipertua hendaklah :
a) Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja
b) Mempunyai kuasa undi pemutus
c) Menandatangani Minit Mesyuarat yang telah diluluskan
d) Menguruskan pentadbiran am dan hal ehwal Pertubuhan
e) Merancang dan melaksanakan kegiatan Pertubuhan
2. Timbalan Yang Dipertua hendaklah:
a) Menggantikan Yang Dipertua sekiranya jawatan itu dikosongkan dan/atau sekiranya Yang Dipertua tidak dapat menjalankan
tugas atas sebab-sebab tertentu.
3. Naib Yang Dipertua hendaklah: membantu tugas-tugas Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua bagi aktiviti-aktiviti tertentu dari masa ke semasa
4. Jawatan Setiausaha Kehormat dalam keadaan di mana tidak ada calon yang berkelayakkan atau tidak ada calon yang bertanding untuk menyandang jawatan Setiausaha Kehormat maka Yang Dipertua MASNITA mempunyai kuasa mutlak untuk melantik. Setiausaha Kehormat hendaklah:
a) Menjadi Ketua Tadbir Pertubuhan di bawah arahan Yang Dipertua
b) Menjalankan urusan surat menyurat Pertubuhan
c) Menyimpan rekod data peribadi keahlian
d) Memasukkan maklumat penyata kewangan tahunan pertubuhan yang telah disediakan oleh Bendahari Kehormat ke dalam sistem eRoses sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 14(1) Akta Pertubuhan, 1966 di dalam masa enam puluh (60) hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan
5. Penolong Setiausaha Kehormat hendaklah:
a) Menggantikan Setiausaha Kehormat sekiranya jawatan itu kosong ataupun tidak dapat menjalankan tugas oleh sebab-sebab
tertentu.
b) Membantu menjalankan tugas Setiausaha Kehormat
6. Jawatan Bendahari Kehormat dalam keadaan di mana tidak ada calon yang berkelayakkan atau tidak ada calon yang bertanding untuk menyandang jawatan Bendahari Kehormat, maka Yang Dipertua MASNITA mempunyai kuasa mutlak untuk melantik. Bendahari Kehormat hendaklah:
a) Bertanggungjawab di atas semua urusan kewangan Pertubuhan
b) Menyedia dan membentang Laporan Kewangan Tahunan Pertubuhan dalam Mesyuarat Agung Tahunan
c) Menyedia penyata bulanan penyesuaian bank
7 Penolong Bendahari Kehormat hendaklah:
a) Menggantikan Bendahari Kehormat sekiranya jawatan itu kosong ataupun tidak dapat menjalankan tugas atas sebab-sebab
tertentu
b) Menyimpan rekod daftar yuran masuk dan yuran tahunan ahli
c) Menghantar notis kepada ahli yang tidak menjelaskan yuran tahunan
8. Ahli Jawatankuasa Kerja
a) Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pertubuhan hendaklah menentukan jawatan dan tugas (Portfolio) bagi setiap Ahli Jawatankuasa Kerja
b) Jawatan dan tugas yang dibentuk hendaklah bersesuaian dengan matlamat dan tugas Pertubuhan

FASAL 10 : KEWANGAN
Tabung dan Akaun
1. Tabung Petubuhan boleh dibelanjakan untuk perkara berikut :
a) Bayaran kos dan perbelanjaan pengurusan Pertubuhan,
b) Mencetak dan mengedar surat berita, pekeliling dan dokumen untuk kebajikan dan kepentingan ahli selaras dengan matlamat
dan tugas Pertubuhan,
c) Menjalankan pelbagai kegiatan untuk ahli,
d) Membeli, membina atau menyewa bangunan untuk menjalankan kerja Pertubuhan,
e) Memberi bantuan kepada mana-mana pihak yang difikirkan wajar oleh jawatankuasa.
2. Tabung Pertubuhan tidak boleh digunakan untuk pembayaran denda mahkamah yang dikenakan kepada seseorang ahli atau apa-apa urusan yang berbentuk kepentingan peribadi dan bercanggah dengan Perlembagaan ini, atau yang dilarang oleh Undang-Undang.
3. Semua wang Pertubuhan yang tidak digunakan bagi perbelanjaan semasa atau jika terdapat baki selepas perbelanjaan, hendaklah dimasukkan oleh Bendahari Kehormat ke dalam akaun bank atas nama Pertubuhan dalam tempoh tujuh (7) hari
dari tarikh wang diterima.
4. Semua cek, baucer, dokumen kewangan dan notis transaksi wang keluar-masuk dari akaun Pertubuhan hendaklah ditandatangani oleh Bendahari Kehormat atau Penolong Bendahari Kehormat dan Naib Yang Dipertua atau Setiausaha Kehormat.
5. Dokumen pelarasan beserta resit ke atas wang yang telah didahulukan hendaklah ditandatangani oleh Bendahari Kehormat atau Penolong Bendahari Kehormat dan Naib Yang Dipertua atau Setiausaha Kehormat. Pelarasan hendaklah dilakukan dalam tempoh tiga puluh (30) hari selepas satu-satu aktiviti atau program dilaksanakan.
6. Bendahari Kehormat boleh menyimpan wang tunai di tangan tidak melebihi RM300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja) pada satu-satu masa. Mana-mana wang tunai yang tidak digunakan dan/atau nilainya melebihi jumlah berkenaan dalam satu-satu masa, maka Bendahari Kehormat hendaklah melaporkan kepada Yang Dipertua atau Setiausaha Kehormat dan setelah disahkan secara keseluruhan jumlahnya, akan dimasukkan ke akaun bank Pertubuhan dalam tempoh empat belas (14) hari. Mana-mana kredit mengikut penyata bank yang tidak dikenalpasti dalam tempoh satu (1) tahun akan dijadikan hasil Pertubuhan. Semua
perbelanjaan hendaklah mendapat kebenaran Yang Dipertua atau Setiausaha Kehormat .
7. Perbelanjaan yang melibatkan RM300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja) hingga RM10,000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa hanya boleh dibuat setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja. Perbelanjaan yang melebihi RM10,000.00 bagi sesuatu masa boleh dilakukan setelah mendapat kebenaran Mesyuarat Agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja) bagi sesuatu masa boleh diluluskan oleh Yang Dipertua bersama Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat dan Penolong Bendahari Kehormat (mana-mana dua (2) nama yang tersebut).
8. Penyata kewangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari Kehormat dan diperiksa oleh Juruaudit mengikut Fasal 11 setelah tamat tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan berikutnya, dan salinannya hendaklah diedarkan untuk makluman ahli.
9. Tahun Kewangan Pertubuhan adalah dari 1 Januari hingga 31 Disember pada tiap-tiap tahun
10. Pertubuhan ini dibenarkan untuk membuat kutipan berupa wang ringgit bagi tujuan mengisi atau menambah dana atau untuk menampung mana-mana aktiviti Pertubuhan; selagi mana tidak bertentangan atau bercanggah dengan peraturan disiplin sebagai staf badan berkanun di bawah Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) Tahun 2000 [Akta 605], matlamat penubuhannya di bawah Akta Pertubuhan 1966; termasuklah pematuhan kepada peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia Pemeriksaan Buku dan Akaun Ahli yang ingin mengetahui kedudukan Tabung Pertubuhan boleh berbuat demikian setelah memberi notis empat belas (14) hari bekerja untuk memeriksa semua buku dan akaun Pertubuhan di tempat rekod berkenaan disimpan.

FASAL 11 : JURUAUDIT
1. Dua (2) orang Juruaudit Dalam yang bukan di kalangan ahli Jawatankuasa Kerja hendaklah dilantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan, tanpa melalui undian. Juruaudit itu mempunyai kuasa dan kewajipan untuk memeriksa akaun Pertubuhan pada tiap-tiap tahun selepas penutupan akaun dan menyampaikan laporannya kepada Jawatankuasa Kerja.
2. Juruaudit hendaklah memberi tempoh sekurang-kurangnya empat belas (14) hari bekerja kepada Bendahari Kehormat untuk bertindak ke atas penemuan audit sebelum dibentang ke Mesyuarat Agung.
3. Penyata kewangan dan akaun Pertubuhan hendaklah diaudit oleh kedua-dua juruaudit secara bersama. Mereka berhak menyemak dan memeriksa semua dokumen dan surat menyurat yang berkaitan sekiranya perlu, untuk menyempurnakan tugasnya.

FASAL 12 : PENTADBIR HARTA / PEMEGANG AMANAH
1. Tiga Pemegang Amanah berumur 21 tahun ke atas hendaklah dilantik oleh Mesyuarat Agung jika difikirkan perlu.
2. Pertubuhan adalah mempunyai kuasa membeli atau mencagar tanah bangunan dan harta untuk Pertubuhan atas nama Pemegang Amanah, tertakluk pada persetujuan Mesyuarat Agung.
3. Pemegang Amanah boleh digugurkan jawatannya jika kesihatannya tidak mengizinkan, tidak siuman, berada di luar negara, dan lain-lain sebab yang difikirkan perlu oleh Mesyuarat Agung. Dalam keadaan begini, Mesyuarat Agung yang sama boleh melantik penggantinya.
4. Mesyuarat Agung Tahunan boleh melantik sebuah syarikat Pemegang Amanah untuk menjadi Pemegang Amanah yang tunggal bagi Pertubuhan. Jika dipakai syarikat, 'Pemegang Amanah' dalam undang-undang ini bererti Syarikat Amanah tersebut.

FASAL 13 : TAFSIRAN PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN
1. Pertubuhan bermakna Pertubuhan Wanita Universiti Malaysia Sarawak (MASNITA).
2. Mesyuarat Agung bermakna mesyuarat yang diadakan menurut Fasal 7.
3. Jawatankuasa Kerja bermakna Jawatankuasa kerja seperti yang ditubuh mengikut Fasal 8.
4. Ahli bermakna seseorang yang telah diterima menjadi ahli Pertubuhan menurut Fasal 4.
5. Ahli Biasa bermakna ahli yang diterima menurut Fasal 4(3.1).
6. Ahli Kehormat bermakna ahli yang diterima mengikut Fasal 4(3.2).
7. Ahli Bersekutu bermakna ahli yang diterima menurut Fasal 4(3.3).
8. Universiti bermakna Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
9. Bercuti bermakna cuti sabatikal, cuti belajar, cuti sakit yang berpanjangan, cuti tanpa gaji yang berterusan dalam tempoh panjang dan lama atau bercuti mengikut pasangan.

FASAL 14 : PENASIHAT / PENAUNG
Jawatankuasa Kerja, setelah bermesyuarat dan mencapai persetujuan bersama, boleh melantik mana-mana orang yang difikirkan sesuai dan layak untuk menjadi Penasihat/Penaung Pertubuhan (jika perlu).
Penaung/Penasihat hendaklah: Jawatankuasa Kerja, setelah bermesyuarat dan mencapai persetujuan bersama, boleh melantik mana-mana orang yang difikirkan sesuai dan layak untuk menjadi Penasihat/Penaung Pertubuhan (jika perlu) yang boleh memberi khidmat nasihat dan pandangan ke arah memartabatkan kaum wanita dalam meningkatkan imej kecemerlangan dan reputasi Pertubuhan .
a) Memberikan khidmat nasihat dan pandangan apabila dikehendaki oleh Pertubuhan berdasarkan kemahiran, kepakaran dan pengalaman (jika perlu );
b) Menjadi pelindung pada Pertubuhan dan penjaga imej Pertubuhan; dan
c) Tidak mempunyai hak dan kuasa dalam membuat undian

FASAL 15 : LARANGAN
1. Pertubuhan dilarang menjalankan sebarang aktiviti yang bertentangan dengan dan tertakluk kepada peraturan-peraturan serta undang–undang yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa; yakni peraturan-peraturan universiti sebagai sebuah Pertubuhan yang beroperasi dalam kampus dan ditubuhkan untuk staf wanita serta isteri staf UNIMAS, undang-undang Malaysia termasuk ajaran dan
tatasusila keagamaan.
2. Ahli adalah ditegah dan dilarang sama sekali daripada menggunakan nama Pertubuhan termasuklah apa-apa tanda, simbol, logo, kepala surat, lambang dan yang seumpamanya berkaitan dan merujuk kepada Pertubuhan untuk kepentingan peribadi atau diri atau bagi sebarang kegiatan, aktiviti dan perbuatan yang tidak bermoral atau menyalahi peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa, KECUALI telah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada Pertubuhan .
Jika didapati berlaku penyalahgunaan dan pelanggaran oleh ahli, maka Pertubuhan berhak untuk mengambil tindakan memberhentikan, membatalkan atau menamatkan keahliannya, dan/atau tindakan perundangan yang sewajarnya atas pelanggaran di bawah Undang-Undang Perlindungan Harta Intelek atau Sivil dan Jenayah mengikut jenis pelanggaran itu.
3. Mana–mana ahli tidak boleh memegang jawatan dalam Pertubuhan, menjadi penasihat/penaung atau pekerja Pertubuhan jika dia telah hilang kelayakan menurut Seksyen 9A Akta Pertubuhan, 1966, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) Tahun 2000 [Akta 605] dan di bawah undang-undang Malaysia yang berkuatkuasa.
4. Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak boleh mencuba menghalang atau dengan apa cara jua menganggu perniagaan atau harga barang atau mengambil pesanan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti yang diterangkan di dalam Akta Kesatuan
Sekerja, 1959.
5. Faedah di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan, 1966 tidak boleh diberi kepada ahli-ahli.

FASAL 16 : PINDAAN PERLEMBAGAAN
1. Pindaan undang-undang Perlembagaan Pertubuhan MASNITA boleh dibuat di dalam Mesyuarat Agung dengan persetujuan satu pertiga (1/3) ahli mesyuarat yang hadir. Semua tambahan atau pindaan pada undang-undang tidak boleh dikuatkuasakan melainkan dengan kebenaran Pendaftar Pertubuhan.
2. Permohonan untuk pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa enam puluh (60) hari dari tarikh keputusan tersebut.

FASAL 17 : PEMBUBARAN
1. Pertubuhan ini tidak boleh dibubarkan melainkan dengan persetujuan sekurangkurangnya dua pertiga (2/3) daripada ahli yang layak mengundi di dalam Mesyuarat Agung Khas yang dipanggil bagi tujuan tersebut
2. Sekiranya Pertubuhan ini dibubarkan seperti yang tersebut di atas maka segala hutang dan perjanjian hendaklah diselesaikan. Baki wang yang tinggal hendaklah dibahagikan kepada badan kebajikan yang layak menerima dengan syarat dapat persetujuan ahli.

FASAL 18 : BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA
1. Bendera
-
Keterangan
-
2. Lambang
Keterangan
Warna merah, biru dan kuning menjadi asas kegemilangan MASNITA. Ini kerana warna ini juga merupakan warna asas dalam penghasilan warna lain. Demikian juga, peranan MASNITA di dalam pembangunan wanita. Selain dari itu, warna ini juga merupakan warna yang terdapat pada logo UNIMAS, sebuah institusi pengajian tinggi yang menjadi tulang belakang penubuhannya.
Merah
Melambangkan semangat kegigihan dan daya juang MASNITA menghadapi cabaran dalam mengerakkan segala projek, program dan aktiviti yang dijalankan.
Biru
Melambangkan semangat muafakat dan bekerjasama berpasukan dan meletakkan kejayaan MASNITA sebagai satu keutamaan.
Kuning
Membawa maksud kemurnian hasrat dan wawasan yang hendak dicapai oleh MASNITA sebagai sebuah persatuan wanita yang cemerlang dan progresif di dalam pembangunan wanita.
Huruf I yang membentuk menyerupai pokok melambangkan pertumbuhan MASNITA dalam mencapai matlamat penubuhannya. Corak pucuk midin dipilih melambangkan keunikan MASNITA dan UNIMAS yang bernaung di negeri Sarawak.
3. Lencana