AKTIVITI MASNITA 2025

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 23 MASNITA
Mesyuarat Agung Tahunan MASNITA Ke-23 & Pelantikan AJK Baharu
Alhamdulillah! Mesyuarat Agung Tahunan MASNITA Ke-23 telah berjaya diadakan pada 19 Mac 2025 dengan lancar dan penuh harmoni.
- Antara agenda utama mesyuarat ini:Pemilihan & pelantikan Ahli Jawatankuasa (AJK) MASNITA bagi sesi 2025/2027
- Pembentangan aktiviti dan kewangan sepanjang tahun 2024/2025
- Pembentangan usul.
Tahniah diucapkan kepada barisan AJK baharu sesi 2025/2027 yang telah dilantik! Semoga amanah yang diberikan dapat dipikul dengan penuh dedikasi demi kemajuan MASNITA.
MASNITA juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan AJK sesi 2023/2025 yang telah mengundur diri setelah memberikan komitmen terbaik sepanjang tempoh perkhidmatan mereka. Jasa dan sumbangan kalian amat dihargai dan pastinya meninggalkan impak besar dalam perjalanan MASNITA.
Semoga kepimpinan baharu ini terus membawa MASNITA ke arah yang lebih cemerlang dan memberi manfaat kepada semua.
MESYUARAT AGUNG KHAS MASNITA BIL. 01/2025
Mesyuarat Agung Khas telah diadakan pada hari ini 5 Mei 2025 bertempat di Dewan Kuliah, CTF 2.
Tahniah kepada 6 orang AJK baharu yang dilantik pada hari ini melalui pengundian.


Majlis Apresiasi AJK MASNITA Sesi 2023/2025
Majlis Apresiasi Ahli Jawatankuasa MASNITA bagi sesi 2023/2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 13 Julai 2025 bertempat di Waterfront Hotel. Majlis penuh makna ini telah dihadiri oleh YBhg. Prof. Ramlah Zainudin, Yang Dipertua MASNITA bagi sesi 2025/2027.
Majlis yang sederhana tetapi sarat dengan penghargaan ini diadakan sebagai tanda terima kasih atas jasa, komitmen dan pengorbanan tidak ternilai yang telah dicurahkan oleh barisan AJK sesi 2023/2025 di bawah pimpinan YBhg Datin Kartini Ahmad. Terima kasih kerana telah menjadi sumber inspirasi buat kami semua.
"Jasa kalian tetap dikenang, bakti kalian sentiasa disanjung, nama kalian kekal terpahat di hati kami."
Semoga ukhuwah dan silaturrahim antara kita terus utuh dan berkekalan hingga ke akhir hayat.


Majlis Sinergi Lestari: Hi Tea Eksklusif MASNITA
Majlis Sinergi Lestari: Hi Tea Eksklusif MASNITA telah diadakan pada hari ini,16 Julai 2025 bertempat di The Gallery DeTAR PUTRA UNIMAS.
Majlis ini merupakan yang julung kali diadakan dan menjadi ruang istimewa untuk menghimpunkan semua dalam suasana yang santai namun bermakna. Tujuan program ini diadakan untuk memperkukuhkan hubungan, membina sinergi dan memperkenalkan MASNITA sebagai platform kolaboratif wanita dalam menyokong agenda pembangunan lestari MASNITA.


Sumbangan kepada pengurusaan Maahad Tahfiz Husnul Khotimah Samariang Semerah Padi Kuching.
Persatuan Wanita UNIMAS (MASNITA) telah menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan harian kepada pengurusaan Maahad Tahfiz Husnul Khotimah Samariang Semerah Padi Kuching pada 22 Julai 2025. Sumbangan telah disampaikan oleh Yang Dipertua MASNITA YBhg Prof Dr Ramlah Zainudin pada sesi ringkas yg turut dihadiri oleh Naib YDP MASNITA serta barisan exco persatuan berkenaan.
Sumbangan ini adalah sebagai tanda solidariti dan keprihatinan MASNITA terhadap mereka yang ditimpa musibah serta merupakan antara inisiatif berterusan MASNITA dalam menyantuni komuniti yang memerlukan, khususnya ketika menghadapi saat-saat sukar seperti ini.
Aktiviti ini juga merupakan komitmen dan tanda prihatin MASNITA terhadap komuniti yang ditimpa bencana kebakaran. Sumbangan yang disalurkan diharap akan meringankan beban dan mengurangkan kedukaan mangsa kebakaran. Semoga sumbangan yang dihulur akan menjadi amal jariah yang diberkati Allah SWT.


Sesi penyerahan sumbangan daripada Ahli MASNITA kepada adik Muhammad Amirul Ridzwan (anak Allahyarhamah Rosnani Abdul Rahim).
Jumaat, 14 November 2025, telah diadakan sesi penyerahan sumbangan daripada Ahli MASNITA kepada anak Allahyarhamah Rosnani Abdul Rahim, adik Muhammad Amirul Ridzwan.
Penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Puan Saptuyah Hj. Mahmud, Naib Yang Dipertua Persatuan MASNITA UNIMAS.
Semoga sumbangan ini dapat membantu serta memberi sokongan moral kepada keluarga Allahyarhamah.
Al-Fatihah, dan semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat-Nya.


