AKTIVITI MASNITA 2019

Image
MASNITA HOLLYWOOD DINNER 2019 (26 JANUARI 2019)
Aktiviti makan malam ini adalah sebagai pembuka tirai utk tahun 2019 MASNITA di mana ianya merupakan aktiviti yg pertama pada tahun 2019 pada ketika itu dengan tema yang cukup elegant :MASNITA “HOLLYWOOD”. Majlis Makan Malam MASNITA seperti ini lazimnya diadakan setiap 2 tahun sekali. Antara tujuan adalah untuk meraikan dan mengukuhkan hubungan silaturahim sesama ahli dan juga untuk melestarikan hubungan akrab dalam menyemai sifat keterbukaan dan penerimaan di antara satu sama lain. Majlis ini cukup meriah sekali dengan kehadiran yang melibatkan dalam 80 lebih orang ahli MASNITA dengan baju yang lip lap lip lap dan chantek bewarna warni.
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH SAGUHATI UNTUK ANAK-ANAK CEMERLANG 2018 (6 MAC 2019)
Majlis ini diadakan pada tahun 2019 dan bertujuan untuk meraikan anak-anak ahli MASNITA yang telah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM di tahun 2018. Ini merupakan antara aktiviti yang ditunggu-tunggu oleh kalangan ahli MASNITA di mana anak-anak mereka yang mendapat keputusan cemerlang diraikan. Kali ini seramai 24 orang penerima dari kalangan anak-anak ahli MASNITA yang cemerlang dan didoakan agar semua penerima ini terus berjaya dan mengharumkan nama ibubapanya yang merupakan dari kalangan staf UNIMAS dan pasangan yang merupakan ahli MASNITA.
PROGRAM KEMBARA MASNITA 2019 (10-16 APRIL 2019)
Program Kembara MASNITA 2019 ini telah diadakan dengan perancangan yang cukup rapi dan teliti yang melibatkan ajk lama dan ajk baharu MASNITA sesi 2017/2019 bagi menghargai dan mengiktiraf komitmen AJK Kerja yang telah berusaha menjayakan banyak aktiviti-aktiviti MASNITA sepanjang sesi tersebut. Program kembara kali ini adalah melawat ke Luar Negara iaitu ke Guilin Guangzhou CHINA. Lawatan ini telah diadakan pada tarikh 10 hingga 16 April 2019, lebih kurang dalam masa 1 minggu. Lawatan ini lebih berkonsepkan Pelancongan Pendidikan dan telah melibatkan dalam 16 orang AJK Kerja pada ketika itu. Lawatan ini semestinya cukup mengembirakan ahli yang terlibat dan banyak yang dapat dipelajari melalui lawatan ini tentang kehidupan rakyat di China serta sejarah wujudnya perkampungan-perkampungan mereka sejak berkurun lama. Rajinnya rakyat cina dalam berdikari dan tekun dalam bercucuk tanam mengajar kami tentang kehidupan yang perlu sentiasa disyukuri.
MAJLIS HI-TEA APRESIASI AJK MASNITA 2017-2019 (20 APRIL 2019)
Aktiviti makan malam ini adalah sebagai pembuka tirai utk tahun 2019 MASNITA di mana ianya merupakan aktiviti yg pertama pada tahun 2019 pada ketika itu dengan tema yang cukup elegant :MASNITA “HOLLYWOOD”. Majlis Makan Malam MASNITA seperti ini lazimnya diadakan setiap 2 tahun sekali. Antara tujuan adalah untuk meraikan dan mengukuhkan hubungan silaturahim sesama ahli dan juga untuk melestarikan hubungan akrab dalam menyemai sifat keterbukaan dan penerimaan di antara satu sama lain. Majlis ini cukup meriah sekali dengan kehadiran yang melibatkan dalam 80 lebih orang ahli MASNITA dengan baju yang lip lap lip lap dan chantek bewarna warni.
Image
Image
MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN RAMADHAN KEPADA PELAJAR UNIMAS DARI KALANGAN B40 YANG TERPILIH DAN BALU (16 MEI 2019)
MASNITA telah memberi sumbangan dalam bentuk wang tunai kepada para pelajar dari kalangan B40 yang terpilih seramai 25 orang penerima di mana cadangan senarai nama telah diterima dari pihak HEPA. Turut menerima sumbangan yang sama adalah 10 orang balu yang merupakan pasangan kepada samada bekas staf UNIMAS atau staf UNIMAS itu sendiri yang telah meninggal dunia dan yang memerlukan.
MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA PUSAT TAHFIZ - PUSAT PENGAJIAN TAFAQQUH DAN TAHFIZ AL-MAKKI (18 MEI 2019)
Majlis serahan ini telah dilaksanakan dengan jayanya dan telah mendapat sambutan yang cukup meriah dari kalangan guru-guru dan anak-anak tahfiz itu sendiri.
Image
Image
MEMBELI BELAH BERSAMA ANAK-ANAK YATIM & ASNAF - PENGHUNI PUSAT JAGAAN LAMAN KASEH DAN SEKITAR BANDARAYA KUCHING SERAMAI 50 ORANG DAN SEORANG BALU (25 MEI 2019)
Ini antara aktiviti yang cukup meriah bila kita sama-sama dapat melihat betapa cerianya muka anak-anak yatim ini yang sangat gembira apabila dibawa untuk memilih sendiri barang-barang yang mereka inginkan untuk beraya. MASNITA telah membawa anak-anak yatim dan asnaf ini dalam lebih kurang 50 orang ke Pusat Membeli belah Mydin, Petra Jaya. Ada di kalangan mereka sudah bertahun-tahun tidak pernah merasa berbaju raya baru. Inilah antara sumbangan yang MASNITA berikan yang amat-amat bermakna buat yang menerima dan rasa kesyukuran buat yang memberi. Program seumpama ini dilaksanakan hampir setiap tahun. Wang sumbangan daripada ahli-ahli MASNITA sendiri, staf UNIMAS, Ahli LPU dan pihak luar telah bersama dapat berbahagi kebahgiaan dengan mereka yang memerlukan. Kegembiraan jelas nampak di raut wajah mereka menikmati rasa kesyukuran menerima pakaian, peralatan keperluan, makanan dan perkara-perkara lain yang mereka inginkan. Dua daripada program MASNITA Prihatin tahun 2019 ini telah bersama-sama dimeriahkan dengan kehadiran YBhg Datuk Naib Canselor bersama-sama dengan YBhg Datin Kartini Ahmad selaku YDP MASNITA. Terima kasih Datuk dan Datin.
AGIHAN CENDERAHATI GAWAI RAYA 2019 (16-24 MEI 2019)
Program agihan cederahati ini dilaksanakan sempena menyambut perayaan gabungan Gawai Raya 2019 di mana MASNITA telah memberi setiap ahlinya cenderahati yang berupa Tupperware bersama isi kandungan kek raya yang disampaikan kepada semua ahli MASNITA. Ini juga merupakan antara perkara yang dinanti-nantikan oleh ahli MASNITA setiap kali menjelang perayaan. Cenderahati kali ini telah disampaikan kepada seramai 374 orang ahli Masnita yang berstatus aktif sahaja.
Image
Image
MAJLIS SAMBUTAN PERAYAAN GAWAI DAN HARI RAYA AIDILFTRI MASNITA 2019 (28 JUN 2019)
Majlis sambutan perayaan ini merupakan majlis tahunan MASNITA Lazimnya majlis ini disambut dengan amat meriah sekali dan dipenuhi dengan pelbagai acara menarik seperti bergendang, menyanyi, berjoget dan pelbagai lagi acara yang cukup menghiburkan para tetamu yang terdiri daripada kalangan ahli MASNITA dan pegawai-pegawai tinggi UNIMAS. Majlis kali ini telah diadakan pada 28 Jun 2019 bertempat di Ruang Galeri, Aras G Canselori. Yang menambah lagi keceriaan dan kemeriahan Majlis ini adalah dengan kehadiran pihak Pengurusan utama UNIMAS iaitu Pengerusi LPU kita, Datuk Naib Canselor, semua Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Pendaftar, Bendahari serta pegawai-pegawai senior P&P lain.
AKTIVITI AERODANCE ZUMBA MASNITA (26 JULAI 2019)
Program aktiviti Aerodance yang dianjurkan oleh MASNITA ini hasil dari Kerjasama Biro Sukan MASNITA yang telah diadakan dengan amat meriah sekali. Aktiviti ini telah menarik ramai ahli MASNITA serta staf UNIMAS lain termasuklah para pelajar untuk ikut serta berzumba bertujuan untuk mempraktikkan work life balance di mana perlunya kita semua menjaga kesihatan dalam masa yang sama kita sibuk bekerja. Memang aktiviti ini cukup hebat, bunyi pun hebat, Biro Sukan yang mengendalikannya pun hebat. Pelajar antarabangsa juga ramai yang mengikuti aktiviti Aerodance ini yang telah diadakan dengan jayanya bertempat di Dataran Canselori pada 26 Julai 2019.
Image
Image
SUMBANGSARAN AJK MASNITA (26 - 29 SEPTEMBER 2019)
Majlis sambutan perayaan ini merupakan majlis tahunan MASNITA Lazimnya majlis ini disambut dengan amat meriah sekali dan dipenuhi dengan pelbagai acara menarik seperti bergendang, menyanyi, berjoget dan pelbagai lagi acara yang cukup menghiburkan para tetamu yang terdiri daripada kalangan ahli MASNITA dan pegawai-pegawai tinggi UNIMAS. Majlis kali ini telah diadakan pada 28 Jun 2019 bertempat di Ruang Galeri, Aras G Canselori. Yang menambah lagi keceriaan dan kemeriahan Majlis ini adalah dengan kehadiran pihak Pengurusan utama UNIMAS iaitu Pengerusi LPU kita, Datuk Naib Canselor, semua Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Pendaftar, Bendahari serta pegawai-pegawai senior P&P lain.
BENGKEL SPM 2019 (05 OKTOBER 2019)
Bengkel ini merupakan antara projek penjanaan pendapatan untuk MASNITA di samping usaha untuk membantu memberi ceramah Pendidikan kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2020. Bengkel ini merupakan satu platform untuk Cikgu yang sudah cukup terkenal dan dikenali dari kalangan para pemeriksa peperiksaan SPM iaitu Pn Norlia Ismail dan Pn Suryanimaslin Shezali. Kursus yang diajar adalah seperti subjek Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sahaja. Bengkel telah diadakan dengan jayanya di Auditorium UNIMAS City Campus, Lot 77 pada 5 Okt 2019.
Image
Image
SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN DI KAMPUNG SUNGAI BEDIL BESAR (24 OKTOBER 2019)
Program pemberian sumbangan ini merupakan antara khidmat masyarakat yang dijalankan oleh MASNITA bagi meringankan sedikit bebanan keluarga di Kampung Sungei Bedil Besar yang telah ditimpa malapetaka kebakaran rumah beberapa keluarga di sana. Keluarga yang terkesan tersebut telah kehilangan tempat tinggal dan hanya tinggal sehelai sepinggang sahaja apabila kejadian tersebut berlaku. MASNITA telah menyampaikan sedikit bantuan dalam bentuk keperluan bahan–bahan mentah, pakaian, dan wang tunai. Yang istimewanya kali ini, penyampaian sumbangan kali ini telah menggabungkan dua (2) buah persatuan di UNIMAS, iaitu persatuan MASNITA dan Persatuan Pengurus UNIMAS (PPU) yang bersama-sama turun padang dan memberi sumbangan secara kepada keluarga mangsa. Sumbangan ini telah disampaikan sendiri yang YDP kita, Datin Kartini Ahmad Bersama dengan Presiden PPU, Sdr Zulkarnaen Ali pada 24 Okt 2019 bertempat di Kampung Sungai Bedil Besar. Sumbangan melibatkan hasil sumbangan daripada staf UNIMAS sendiri secara peribadi staf, kutipan dari PPU, dan dari Tabung Kebajikan MASNITA sendiri.
AKTIVITI PRIHATIN MASNITA (21 NOVEMBER 2019)
MASNITA telah melaksanakan beberapa aktiviti khidmat masyarakat di bawah program MASNITA Prihatin untuk sahabat-sahabat ahli Masnita yang diberi dugaan dari segi kesihatan, sakit atau yang telah meninggal dunia. MASNITA telah memberi sedikit sumbangan buat beberapa ahli MASNITA berikut: 1. Cik Rugayah Sami pada 21 Nov 2019 bertempat di rumah beliau di Bako. 2. Sumbangan buat Dr Wan Norizan dari FSKPM, yang dibank in terus ke akaun beliau. 3. Sumbangan buat Sahabat baik kita, yang telah pergi meninggalkan kita, Cik Haliza Bujang. Gambar kenangan lawatan ajk MASNITA ke rumah arwah Haliza Bujang pada bulan Mac 2020 yang lalu. Al Fatihah buat sahabat baik Arwah Haliza Bujang.
Image
Image
PERTANDINGAN TENPIN BOLING TRIO MASNITA PIALA PUSINGAN DATIN KARTINI AHMAD (21 DISEMBER 2019)
Pertandingan Tenpin Boling Trio MASNITA Piala Pusingan Datin Kartini Ahmad adalah merupakan aktiviti program yang sering ditunggu-tunggu oleh ahli masnita setiap tahun. Aktiviti tahunan MASNITA ini sememangnya sentiasa meriah dan menyeronokkan setiap ahli serta pihak lain yang terlibat. Kali ini, pertandingan boling ini disertai bukan sahaja oleh ahli MASNITA sahaja tetapi juga pasangan kepada ahli turut terlibat sama. Yang lagi menambahkan kemeriahan pertandingan boling kali ini, penyertaan para pemain adalah terdiri daripada Datuk Naib Canselor sendiri, YBhg Prof Datuk Dr Muhammad Kadim Bin Suaidi, bersama-sama dengan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof Dr Ahmad Hata Bin Rasit bersama pasangan Timbalan Yang Dipertua, Prof Madya Dr Ramlah yang juga turut ikut serta bertanding pada hari tersebut. Terima kasih juga diucapkan kepada YDP kita Datin Kartini Ahmad yang kita sayangi, yang telah menaja hadiah Cabutan Bertuah pada pertandingan kali ini dan hadiah kesemuanya amat menarik sekali.