AKTIVITI MASNITA 2020

Image
MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN RAMADHAN 2020
MASNITA telah memberi sumbangan kepada golongan asnaf seramai 19 orang penerima di sekitar Bandaraya Kuching, antaranya adalah di Kampung Gita, Matang Jaya, Kampung Semerah Padi dan Kampung Patinggan. Sumbangan ini disampaikan pada tarikh 16 Mei 2020.
PROGRAM PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA BALU/IBU TUNGGAL
Pada 19 Jun bertempat di PeTARY FPSK, masih di bawah program MASNITA Prihatin 2020, sumbangan telah disampaikan oleh YDP MASNITA sendiri, Datin Kartini Ahmad kepada 9 orang balu dan sumbangan khairat kematian kepada salah seorang ahli masnita sendiri atau pasangan ahli yang memerlukan.
Image
Image
SAMBUTAN MOTHER'S DAY AJK MASNITA 
Sambutan Mother's Day untuk AJK MASNITA
AGIHAN CENDERAHATI GAWAI RAYA TAHUN 2020 KEPADA AHLI MASNITA
Ini juga merupakan antara aktiviti tahunan yang amat dinanti-nantikan oleh ahli MASNITA di mana semua ahli akan diraikan sebagai tanda penghargaan selama menjadi ahli kepada Persatuan MASNITA. Setiap ahli diberi cenderahati dalam bentuk Tupperware berisikan kurma dan biskut raya yang enak sebagai cenderahati sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan perayaan Gawai Dayak. Dalam kenkangan pandemik covid-19 ini yang melimitkan semua aktiviti dan situasi semasa, namun semua cenderahati ini dapat disampaikan juga kepada semua ahli yang berada di pelbagai Pusat Tanggungjawab dalam UNIMAS. Aktiviti tahunan ini, walaupun tidak disambut secara besar-besaran seperti praktis sebelumnya, namun cenderahati kali ini telah Berjaya diedarkan kepada ahli MASNITA yang aktif seramai 385 orang oleh Biro Sosial kita.
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH SAGUHATI UNTUK ANAK-ANAK CEMERLANG 2020
Alhamdulillah, sekali lagi majlis penyampaian hadiah saguhati yang berupa wang tunai untuk anak-anak ahli MASNITA yang cemerlang di peringkat peperiksaan UPSR/PMR dan SPM. Majlis ini juga merupakan antara Majlis yang cukup ditunggu-tunggu oleh Ahli MASNITA yang mempunyai anak-anak yang cemerlang dalam peperiksaan berkaitan. Dengan hadiah saguhati ini, secara tidak langsung, ianya dapat memberi galakan kepada ibubapa dan juga anak-anak itu sendiri untuk berusaha dengan lebih cemerlang dalam pelajaran mereka. Ilmu itu memang seharusnya dicari bukan sahaja sehingga ke Negara Cina tetapi di seluruh dunia.Tahniah kepada anak-anak ahli MASNITA yang terpilih.
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MASNITA KE-18
Majlis Perasmian MASNITA Management Information System oleh YBhg Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim bin Suaidi & Mesyuarat Agung Tahunan MASNITA ke-18 pada Jumaat, 21 Ogos 2020, bertempat di DKCT1 UNIMAS
Image