AKTIVITI MASNITA 2023

Image
Image
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 21 MASNITA
Syukur ke hadrat Illahi, Mesyuarat Agung Tahunan ke 21 MASNITA telah berlangsung dengan jaya dan meriahnya pada 17 Feb 2023 yang lalu, bertempat di Auditorium PeTARY. Meskipun cuaca agak kurang baik pada awal pagi dengan hujan lebat namun tidak sedikitpun menjadi halangan kepada para ahli untuk hadir memeriahkan suasana Mesyuarat Agung kali ini. Kehadiran adalah sangat-sangat memberangsangkan.
Mesyuarat dimulakan dengan Pengacara Majlis iaitu Pn Masjiah bt Majidi menjemput Pn Hjh Sharifah Mariawati bt Wan Kassim selaku pembaca doa. Ucapan aluan pula oleh YDP MASNITA, YBhg Datin Kartini bt Ahmad mengalu-alukan kehadiran semua exco serta ahli-ahli MASNITA yang dikasihi disamping menyatakan penghargaan sokongan dan penglibatan semua ahli di dalam setiap aktiviti anjuran MASNITA.
Antara agenda
i) Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan MASNITA KE-20
ii) Membincangkan Perkara-Perkara Berbangkit
iii) Pembentangan Laporan Aktiviti oleh Setiausaha Kehormat [Pn Hadijah bt Morni]
iv) Pembentangan Laporan Kewangan oleh Bendahari Kehormat [Pn Suriani bt Julaihi]
v) Pembentangan Laporan Audit oleh Juru Audit Dalam [Pn Hjh Noridah bt Adenan & Pn Dyg Zyzy Cemylya bt Awg Rahmat]
vi) Pembentangan Usul
vii) Proses Undian dan Pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja MASNITA 2023 /2025
viii) Penyerahan Saguhati Anak Cemerlang SPM 2021
Mesyuarat turut dikejutkan dengan kehadiran YgBhg Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim b Suaidi sebagai tanda sokongan beliau diatas segala aktiviti yang telah dilakukan oleh MASNITA. Terima kasih YgBhg Datuk!!
Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 21 ini menyaksikan ramai dikalangan ahli-ahli baru yang memenangi acara yang menjadi acara tradisi MASNITA iaitu acara Cabutan Bertuah. Manakala bagi yang kurang bernasib baik, tidak pulang dengan tangan kosong kerana setiap ahli yang mendaftar kehadiran mendapat ‘Door Gift’ berupa botol minuman Tupperware. Mesyuarat bersurai dengan menjemput semua ahli dan exco menjamu selera dengan hidangan yang telah disediakan.
PROGRAM RIZQI QASEH MASNITA SIRI 15 - KAMPUNG TANJUNG BUNDONG TRADISI
Program RizQi Qaseh MASNITA Siri 15 - Kampung Tanjung Bundong Tradisi [11.02.2023]

Alhamdulillah syukur kpd Allah swt.. Majlis sumbangan Rizqi Qaseh MASNITA sesi pertama bagi tahun 2023 ke Kg Tanjung Bundong Tradisi, Kota Samarahan telah selesai disempurnakan pada 11 Februari 2023.

Majlis telah berjalan dgn lancar, baik dan sempurna dalam suasana yang penuh kemesraan. Terima kasih kepada semua yang terlibat terutama Biro Kebajikan yang diketuai oleh Pn Habibah and the team. Terima kasih diatas komitmen dan kerjasama yang diberikan bagi menjayakan program penyampaian sumbangan tersebut. Terima kasih kepada Datuk NC yang sudi turut hadir sama pada majlis sumbangan kali ini.

Terima kasih juga kepada AJK serta ahli MASNITA yang dapat hadir bersama meraikan penerima sumbangan. Semoga usaha dan amalan kita semua dberkati dan dredhai oleh Allah swt.. in syaa Allah.. Aamiin Allahumma aamiin.
Image
Image
PERTANDINGAN TENPIN BOLING TRIO MASNITA PIALA PUSINGAN DATIN KARTINI 2022
Tanggal 28 Januari yang lalu, MASNITA UNIMAS telah menganjurkan Pertandingan Ten Pin Boling Piala Pusingan Datin Kartini dengan penyertaan oleh lebih kurang 30 kumpulan. YDP MASNITA UNIMAS Datin Kartini Ahmad dan Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi telah melakukan balingan pertama bagi menyempurnakan perasmian. Turut hadir memberi sokongan kepada peserta iaitu Pn Hjh Latifah Loh Abdullah selaku NYDP MASNITA meskipun tidak menyertai pertandingan kali ini.

MASNITA UNIMAS mengucapkan berbanyak terima kasih diatas sambutan serta sokongan daripada semua pihak yang terlibat.
MAJLIS APRESIASI AJK SESI 2021/2023 
Majlis Apresiasi AJK MASNITA Sesi 2021/2023 & Sesi 2023/2025-  [18.03.2023]

Alhamdulillah syukur kpd Allah swt.. Majlis Apresiasi AJK MASNITA Sesi 2021/2023 telah diadakan di The Waterfront Hotel, Kuching Sarawak bagi penghargaan AJK MASNITA sebelumnya dan mengalu-alukan untuk AJK baharu bagi sesi 2023/2025. Majlis telah berjalan dgn lancar, baik dan sempurna dalam suasana yang penuh kemesraan. Terima kasih kepada semua yang terlibat bagi diatas komitmen dan kerjasama yang diberikan bagi menjayakan program majlis tersebut
Image
Image
PROGRAM BUBUR LAMBUK RAMADAN MASNITA 1444H/2023M
Sesi Penyerahan Bubur Lambuk Persatuan Wanita Universiti Malaysia Sarawak (MASNITA).
MASNITA telah menempah sebanyak 7 periuk dan telah dapat mengagihkan 1400 kotak bubur lambuk kepada semua kolej2 kediaman pelajar, ahli masnita dan juga staff unimas.

Terima kasih kpd Datuk NC dan pegawai2 utama unimas yg dapat hadir pada majlis penyerahan simbolik bubur lambuk kpd semua ptjs dan pengetua kolej serta kpd AJK dan ahli masnita yg dapat hadir pada kali ini.

Semoga usaha dan amalan kita semua dberkati dan dredhai oleh Allah swt
MAJLIS SUMBANGAN UNTUK 2 BUAH SEKOLAH TAHFIZ
Majlis Sumbangan untuk 2 buah Tahfiz -  [01.04.2023]

Alhamdulillah syukur kepada Allah swt.

Majlis sumbangan kpd 2 buah pusat tahfiz
1. Madrasah Jannatul Khairan, Depo Link, Taman Kosandra
2. Maahad Husnul Khatimah, Kpg Semerah Padi.
telah selesai dlaksanakan. Majlis telah berjalan dgn lancar, baik dan sempurna dlm suasana yg penuh kemesraan.

Terima kasih kepada AJK MASNITA dan Ahli MASNITA yang dapat hadir pada kali ini.Semoga segala usaha dan amalan kita semua menjadi asbab ia diberkati dan diredhai oleh Allah swt. InshaAllah
Image
Image
Image
MAJLIS SUMBANGAN MASNITA KEPADA PELAJAR UNIMAS, PEKERJA PEMBERSIH DAN STAF KURANG SIHAT
Alhamdulillah syukur kpd Allah swt. Majlis Ringkas sumbangan MASNITA telah diadakan pada 6 April 2023 kepada beberapa pelajar UNIMAS, Pekerja Pembersih UNIMAS dan Staf yang kurang sihat telah selesai dlaksanakan dengan jayanya
 
 
PROGRAM SUMBANGAN UNTUK ANAK-ANAK YATIM & ASNAF
Program Sumbangan untuk anak-anak yatim & asnaf-  [08.04.2023]

Alhamdulillah syukur kepada Allah swt.

MASNITA telah menyantuni anak-anak yatim dan asnaf seramai 56 orang dlm program shopping baju raya bersama MASNITA di Pasaraya Mydin, Petrajaya.
Majlis telah berjalan dgn lancar, baik dan sempurna dlm suasana yang penuh kemesraan.

Terima kasih kpd Datuk Naib Canselor UNIMAS dan AJK serta Ahli MASNITA yang dapat hadir membantu menyantuni anak-anak yatim dan asnaf daripada Kampung Bako, Kuching.
Image
Image
PENYERAHAN MASNITA RAYA GIFT KEPADA SEMUA AHLI MASNITA 
Alhamdulillah syukur kpd Allah swt.

Wajah ceria ahli MASNITA menerima MASNITA Raya Gift dari persatuan.
Sebanyak 422 ahli MASNITA yang telah dan akan menerima hadiah raya bermula 14 April 2023. Semoga semua ahli akan terus ceria dan berbangga menjadi Ahli MASNITA UNIMAS.
bagi yang bukan ahli & berminat untuk menjadi ahli boleh lah mendaftar diri di link dibawah. (Hanya untuk staf wanita UNIMAS dan Isteri staf UNIMAS sahaja).
GOODIES MOTHER'S DAY 
Wajah Ceria ahli MASNITA menerima goodies Mother's Day.
Senyumanmu mencerahkan dan menceriakan setiap hari keluarga mu.

Selamat Hari Ibu.
Image
Image
SUMBANGAN BAKUL RIZQI QASEH MASNITA 2023
Sumbangan Bakul Rizqi Qaseh MASNITA 2023 - 25 Jun 2023

Alhamdulillah pada 24 Jun 2023 MASNITA telah menyampaikan sumbangan bakul Rizqi Qaseh kepada 4 buah keluarga yang memerlukan sebagai tanda komitmen dan prihatin MASNITA terhadap masyarakat sekeliling yang kurang berkemampuan.
Sumbangan telah disampaikan oleh YDP MASNITA Datin Kartini Ahmad bersama dengan Biro Kebajikan MASNITA dan beberapa orang AJK MASNITA.

Semoga berkat sumbangan ini dapat meringankan sementara bebanan keluarga yang terlibat.
PROGRAM RIZQI QASEH MASNITA Bil.09/2023 
PROGRAM RIZQI QASEH MASNITA Bil.09/2023
9 JULAI 2023, 10 PAGI
PUSAT PERTUBUHAN DESA TELAGA AIR

Ahad, 9 Julai 2023 adalah tarikh yang telah dipilih oleh AJK MASNITA UNIMAS untuk menyantuni penduduk di bawah Pusat Pertubuhan Desa Telaga Air yang merangkumi penduduk Kampung Telaga Air, Kampung Nyabut dan Kampong Trombol untuk penyerahan sumbangan berbentuk keperluan dapur.

Sumbangan kepada seramai 70 orang yang terdiri daripada Balu/Ibu Tunggal, Warga Emas, OKU dan mereka yang memerlukan telah sampaikan oleh YBhg Datin Kartini Ahmad, Yang Dipertua MASNITA. Turut hadir bagi memberi sokongan adalah YBhg Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, Naib Canselor UNIMAS, diiringi oleh Ahli Jawatankuasa Kerja MASNITA.

Kehadiran AJK MASNITA di Masjid Darul Salihin, Kampung Telaga Air telah disambut oleh Penghulu Murshidi Bin Johari, Ketua Kaum Hj Sapuan Bin Oya dan Ketua Kaum Zaini Hj Tanggek, AJK Masjid Darul Salihin serta para penerima sumbangan. Kunjungan tersebut adalah merupakan usaha murni keperihatinan MASNITA dalam membantu meringankan beban kepada mereka yang memerlukan.

Diharap khidmat bakti yang diberikan semasa program tersebut dirahmati dan semoga kerjasama erat dengan penduduk kampung dapat diteruskan untuk program-program lain. Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen tinggi di dalam menyelaraskan dan menjayakan majlis ringkas Program Rizqi Qaseh MASNITA
RIADAH SANTAI KAYAK & PERAHU NAGA MASNITA
Alhamdulillah MASNITA telah berjaya menganjurkan aktiviti Riadah Santai dan Pertandingan Kayak pada 14 Julai 2023 mulai jam 3.00 petang bertempat di tasik UNIMAS.

Seramai 55 orang ahli MASNITA telah menyertai program ini dengan dibantu oleh 20 orang pelajar atlet Kayak dan staf Arena Tun Tuanku Hj Bujang.
Aktiviti dimulai dengan riadah santai ahli menggunakan kayak single dan double serta dua buah perahu naga. Dan seterusnya disusuli dengan pertandingan kayak double dan single seater.

Walaupun pada mulanya agak cemas dengan hujan yang turun agak lebat namun dengan izin Allah swt ia berhenti dan cuaca menjadi sangat baik dan tidak berapa panas yang membolehkan aktiviti diteruskan dengan jayanya.
Aktiviti ini telah berjaya mengeratkan hubungan antara ahli MASNITA dan memupuk minat ahli kepada sukan air.

Terima kasih diucapkan di atas penyertaan semua ahli dan juga kerjasama dari pelajar persatuan Kayak UNIMAS serta En Hardy Suntol dan rakan sekerja dari Arena Tun Tuanku Hj Bujang. Semoga kerjasama sebegini dapat diteruskan di masa akan datang.
Image
Image