AKTIVITI MASNITA 2022

Image
PROGRAM RIZQI QASEH MASNITA SIRI 13 & 14 - KAMPUNG MELAYU & KAMPUNG BANGKA SEMAONG
Program RizQi Qaseh MASNITA Siri 13 & 14 - Kampung Melayu & Kampung Bangka Semaong [26.11.2022]

Alhamdulillah syukur kepada Allah swt. Majlis sumbangan Rizqi Qaseh MASNITA ke Kampung Melayu & Kampung Bangka Semaong Kota Samarahan telah selesai dilaksanakan pada 26.11.2022 yang lalu. Majlis telah berjalan dengan lancar, baik dan sempurna dalam suasana yang penuh kemesraan.

Terima kasih kepada SEMUA yang terlibat terutama biro kebajikan yang diketuai oleh Pn Habibah and the team. Istimewanya kali ini, program sumbangan turut disertai oleh ahli MASNITA yang sudi meluangkan masa bersama Yg Berbahagia Datin dan juga AJK MASNITA yang terlibat. MASNITA sangat menghargai penglibatan ahli dalam program-program anjuran MASNITA. Penghargaan juga buat pihak Urusetia Kampung Melayu dan juga Kampung Bangka Semong diatas kerjasama serta komitmen yang padu dalam menjayakan program ini.

Semoga usaha dan amalan kita semua diberkati dan diredhai oleh Allah swt.. in syaa Allah..

Aamiin Allahumma aamiin...
MAJLIS MAKAN MALAM MASNITA
Rock with MASNITA UNIMAS
Alhamdulillah... Syukur kehadrat Allah swt, Majlis Makan Malam ‘Rock with MASNITA’ anjuran MASNITA UNIMAS telah berlangsung dengan jayanya dan amat meriah sekali pada 15 Oktober 2022 yang lalu.

Penghargaan buat semua para hadirin yang begitu bersemangat dalam menjayakan tema Rock and Roll. You guys are awesome!! Ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua AJK diatas kerjasama yang sangat erat dan padu serta komitmen yang sangat tinggi bagi menjayakan Majlis Makan Malam ‘Rock with MASNITA’.

MASNITA UNIMAS juga ingin memohon maaf diatas segala kesalahan dan kesilapan serta apa jua ketidakpuasan hati sepanjang berlangsung majlis kali ini.
Image
Image
PROGRAM RIZQI QASEH MASNITA SIRI 12 - KAMPUNG TANJUNG PARANG
Program RizQi Qaseh MASNITA siri -12 Kampung Tanjung Parang [10.09.2022]
Alhamdulillah syukur kepada Allah swt. Majlis sumbangan Rizqi Qaseh MASNITA ke Kampung Tanjung Parang Kota Samarahan telah selesai dilaksanakan pada 10.09.2022 yang lalu. Majlis telah berjalan dengan lancar, baik dan sempurna dalam suasana yang penuh kemesraan.
Terima kasih kepada SEMUA yang terlibat terutama biro kebajikan yang diketuai oleh Pn Habibah dan Pn Ayu n the team Terima kasih diatas komitmen dan kerjasama yang diberikan bagi menjayakan program penyampaian sumbangan tersebut Terima kasih juga kepada AJKs yang dapat hadir pada kali ini.
Semoga usaha dan amalan kita semua diberkati dan diredhai oleh Allah swt.. in syaa Allah.. Aamiin Allahumma aamiin...
TAKLIMAT KESEDARAN KANSER
Ini juga merupakan antara aktiviti tahunan yang amat dinanti-nantikan oleh ahli MASNITA di mana semua ahli akan diraikan sebagai tanda penghargaan selama menjadi ahli kepada Persatuan MASNITA. Setiap ahli diberi cenderahati dalam bentuk Tupperware berisikan kurma dan biskut raya yang enak sebagai cenderahati sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan perayaan Gawai Dayak. Dalam kenkangan pandemik covid-19 ini yang melimitkan semua aktiviti dan situasi semasa, namun semua cenderahati ini dapat disampaikan juga kepada semua ahli yang berada di pelbagai Pusat Tanggungjawab dalam UNIMAS. Aktiviti tahunan ini, walaupun tidak disambut secara besar-besaran seperti praktis sebelumnya, namun cenderahati kali ini telah Berjaya diedarkan kepada ahli MASNITA yang aktif seramai 385 orang oleh Biro Sosial kita.
Image
Image
KLINIK BADMINTON MASNITA 2022
MASNITA dengan kerjasama pelatih jemputan dari Kelab Badminton UNIMAS telah mengadakan Klinik Badminton pada 27 Julai 2022 bertempat di Arena Tun Tuanku Haji Bujang.
Antara objektif penganjuran klinik badminton adalah untuk:-
a. Memberi kesedaran kepada warga UNIMAS mengenai kepentingan untuk mengenali lebih dekat Sukan Badminton
b. Mengerat dan mengukuhkan kerjasama dan silaturahim di antara ahli MASNITA.
c. Menggalakkan dan membudayakan aktiviti dan gaya hidup sihat di kalangan warga UNIMAS.
AERODANCE ZUMBA MASNITA22
Aerodance Zumba MASNITA22 Aerodance Zumba MASNITA22 anjuran Biro Sukan MASNITA telah diadakan pada 17 Jun 2022 yang lalu. Penyertaan adalah dikalangan ahli MASNITA dengan objektif program untuk memberi kesedaran kepada warga UNIMAS mengenai kepentingan menjaga kesihatan melalui aktiviti senaman aerodance-zumba. Disamping itu, MASNITA ingin mengerat dan mengukuhkan kerjasama dan silaturahim di antara ahli MASNITA dengan warga UNIMAS selain menggalak dan membudayakan aktiviti dan gaya hidup sihat di kalangan warga UNIMAS.
YDP MASNITA YBhg Datin Kartini yang hadir sama berzumba turut menyampaikan cenderahati kepada tim Jurulatih Puan Zin Thasa Phego yang telah memimpin aktiviti zumba kali ini sebelum bersurai pada jam 6 petang.
Image
Image
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-20 MASNITA
Mesyuarat Agung MASNITA Ke-20 telah berlangsung pada 30 Mei 2022 yang lalu dengan kehadiran ahli MASNITA yang senantiasa memberikan komitmen dan sokongan kepada setiap aktiviti yang dianjurkan oleh MASNITA. AGM yang dipengerusikan oleh YDP MASNITA Yg Berbahagia Datin Kartini Ahmad.
Pada hari tersebut MASNITA turut menerima pendaftaran ahli baharu yang turut berpeluang memenangi acara cabutan bertuah. Seramai 35 orang ahli bertuah telah berjaya membawa pulang hamper berupa set Tupperware yang pastinya menjadi tumpuan para wanita.
AGIHAN GOODIES RAYA MASNITA
Aktiviti ini merupakan aktiviti tahunan MASNITA setiap kali menjelang Hari Raya. Ianya sebagai tanda ingatan dari MASNITA kepada ahli-ahli yang setia dan tidak jemu untuk bersama dalam menjayakan aktiviti dan program yang dianjurkan. Ia juga merupakan penghargaan kepada ahli-ahli yang banyak memberi komitmen samada dalam bentuk wang ringgit, idea, keringat dan masa. MASNITA tidak akan mampu bertahan menjadi salah satu Persatuan yang aktif dan kukuh di UNIMAS tanpa sokongan dan kerjasama semua.
Image
Image
PROGRAM RIZQI QASEH MASNITA SIRI 11- PONDOK HIDAYATUL MUBTADI'IEN WA TAHFIDDZUL QURAN DATUK ABDUL KADIR HASSAN
Majlis sumbangan Rizqi Qaseh MASNITA kepada Pondok Hidayatul Mubtadi’ien Wa Tahfiddzul Quran Datuk Abdul Kadir Hassan bertempat di Kampung No 5 telah selesai dlaksanakan pada 17.04.2022. YBhg Datin Kartini Ahmad selaku Yang Dipertua MASNITA sangat bebesar hati menyempurnakan penyerahan sumbangan kepada Ustaz Shamsul Bahari Al-Adni selaku wakil dari Pondok Hidayatul Mubtadi’ien Wa Tahfiddzul Quran Datuk Abdul Kadir Hassan. Majlis telah berjalan dgn lancar, baik dan sempurna dlm suasana yang penuh kemesraan. Terima kasih kepada semua yang terlibat terutama biro kebajikan yang diketuai oleh Pn Habibah dan Pn Ayu serta team AJK yang turut serta. Terima kasih diatas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program penyampaian sumbangan tersebut. Semoga usaha dan amalan kita semua dberkati dan diredhai oleh Allah swt.
PROGRAM RIZQI QASEH MASNITA SIRI 10-KAMPUNG TANJUNG BAKO DAN KAMPUNG PINGGAN JAWA
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT Majlis sumbangan Rizqi Qaseh MASNITA siri ke 10 pada 16.04.2022 telah selesai dilaksanakan. Lokasi kali ini adalah di Kampung Tanjung Bako dan Kampung Pinggan Jaya dengan sumbangan kepada 59 orang penerima. Majlis penyampaian sumbangan yang disempurnakan oleh YBhg Datin Kartini Ahmad selaku Yang Dipertua MASNITA berjalan dengan lancar, baik dan sempurna dalam suasana yang penuh kemesraan. Sekalung penghargaan kepada YBhg Prof Datuk Mohamad Kadim Suaidi yang turut meluangkan masa untuk turut serta dalam program kali ini. Terima kasih kepada semua yang terlibat terutama biro kebajikan yang diketuai oleh Pn Habibah dan Pn Ayu diatas komitmen dan kerjasama yang diberikan bagi menjayakan program penyampaian sumbangan tersebut. Terima kasih juga kepada AJK yang dapat hadir pada kali ini.
Image
Image
PROGRAM RIZQI QASEH MASNITA SIRI 9- KAMPUNG BARU, KOTA SAMARAHAN
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT Majlis sumbangan Rizqi Qaseh MASNITA siri ke 9 telah berlangsung pada 12.03.2022 dengan sumbangan kepada seramai 30 orang penerima dari kalangan penduduk Kampung Baru, Kota Samarahan. Sepanjang sesi penyampaian sumbangan yang disempurnakan oleh YBhg Datin Kartini Ahmad selaku Yang Dipertua MASNITA telah berjalan dengan lancar, baik dan sempurna dalam suasana yang penuh kemesraan.
Ucapan terima kasih kepada semua terutama biro kebajikan Pn Habibah dan Pn Ayu dengan kerjasama dari rakan-rakan AJK yang lain. Begitu juga dengan urusetia Kampung Baru dalam memastikan sesi penyampaian sumbangan berjalan dengan lancar dan teratur. Semoga usaha dan amalan kita semua dberkati dan dredhai oleh Allah swt. in syaa Allah.
PROGRAM RIZQI QASEH MASNITA SIRI 8-KAMPUNG TANJUNG BUNDONG FASA 1 & KAMPUNG MUARA TUANG
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT, Program Bakul Makanan Rizqi Qaseh MASNITA untuk Siri yang ke-8 tahun 2022 telah berjaya dilaksanakan sekali lagi. MASNITA telah menyempurnakan pemberian sumbangan sebanyak 47 pax bakul makanan berupa barangan keperluan asas dan keperluan dapur telah berjaya diserahkan kepada 47 buah keluarga di Kampung Tanjung Bundong Fasa 1 dan Kampung Muara Tuang yang telah diadakan pada tarikh 05 Mac 2022 yang lalu. Sesi serahan sumbangan Bakul Makanan Rizqi Qaseh kali ini cukup istimewa di mana misi kali ini telah dihadiri sekali lagi oleh YBhg Prof Datuk Mohamad Kadim Suaidi menemani Yang Dipertua MASNITA, YBhg Datin Kartini Ahmad untuk menyerah sendiri Bakul Makanan ini kepada para penerima di kedua-dua Kampung Tanjung Bundong dan Kampung Muara Tuang ini. Turut sama hadir memeriahkan lagi sesi pemberian sumbangan ini adalah Penghulu dari kedua-dua Kampung ini iaitu YBhg Tuan Haji Saraee Hj Konen dan YBhg Tuan Haji Suut. MASNITA mendoakan agar amalan dan hasrat murni ini akan dapat diteruskan di masa-masa yang akan datang. Ucapan jutaan terima kasih ditujukan kepada staf UNIMAS dan juga pihak yang telah sudi memberi sumbangan sehingga misi ini berjaya direalisasikan dan hanya Allah sahaja yang mampu membalas kebaikan semua. Terima kasih di atas sokongan padu ke atas misi Program Bakul Makanan Rizqi Qaseh MASNITA untuk siri yang ke-8 kali ini.
Image
Image
PROGRAM RIZQI QASEH MASNITA SIRI 7- KAMPUNG DEMAK
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT Majlis sumbangan Rizqi Qaseh MASNITA siri ke 7 telah berlangsung pada 19.02.2022 dengan penerima sumbangan adalah dikalangan penduduk Kampung Demak, Kuching. Sepanjang sesi penyampaian sumbangan yang disempurnakan oleh YBhg Datin Kartini Ahmad selaku Yang Dipertua MASNITA telah berjalan dengan lancar, baik dan sempurna dalam suasana yang penuh kemesraan.
Begitu juga dengan urusetia Kampung Demak dalam menyediakan lokasi serahan serta memastikan sesi penyampaian sumbangan berjalan dengan lancar dan teratur. Semoga usaha dan amalan kita semua dberkati dan dredhai oleh Allah swt. in syaa Allah.
PROGRAM RIZQI QASEH MASNITA SIRI 6-KAMPUNG MELABAN
Program Rizqi Qaseh MASNITA diteruskan pada tahun 2022 dengan siri ke 6 bertempat di Kampung Melaban, Kota Semarahan sebagai lokasi pilihan. Acara penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh YBhg Datin Kartini Ahmad selaku YDP MASNITA diiringi Ketua Kampung, Kampung Melaban serta AJK-AJK MASNITA yang lain. MASNITA turut mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Pn Nas Sampe atas kerjasama beliau dalam memastikan sepanjang sesi serahan berlangsung dengan lancar.
Image
Image
MAJLIS APRESIASI MASNITA 2019/2021
Majlis Apresiasi ini merupakan acara lazim yang diadakan sebagai tanda menghargai usaha, kerja keras serta penat lelah para AJK dalam menggalas tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan sepanjang sesi 2019/2021. Disamping itu, majlis turut meraikan AJK yang baharu dilantik bagi Sesi 2021/2023. Majlis yang diadakan dengan ringkas tetap meriah meskipun berlangsung dalam suasana patuh SOP. Diharapkan dengan penganjuran majlis seperti ini, ukhwah dikalangan AJK lama dan baharu kekal erat demi keharmornian MASNITA.